Friday, June 3, 2011

Bodoh!!

aku ndak faham. mengapa dan kenapa dorang bikin hal sedemikian. aku hairan. aku pelik. banyak soalan berkumpul di minda. selalunya, apa yang masuk kanan, keluar telinga kanan tapi aku terlekat kat dalam otak. tak boleh nak keluar selagi ndakda jawapan untuk persoalan aku.

lelaki mahupun perempuan. sama sahaja. yang pastinya, melayu. ber BIN dan ber BINTI. teruna dan dara. romeo and juliet. bangga betul mereka menangkap gambar memegang botol arak seperti carlsberg. heineken and apa jadah lagilah. agak lah. engkau tu melayu. orang islam. even botol arak tu kosong, tapi akan mengundang kemusykilan kepada orang lain. kannnnnnnnn! sedarlah sikit wahai insan.

jangan engkau berbangga dengan pegang benda alah tu, engkau boleh jadi famous. kau rasa hebat. kau rasa macam:

"wahh, orang tegur aku. orang pandang aku. bangganyaaaa."


come on. aku malu dengan orang macam dorang. yang aku tak boleh blah, tu hah. kau, perempuan. dedah sana sini snap gambar. tunjuk dada. tunjuk peha. oi, aku malu sebagai perempuan. tutuplah sikit weh. aku tengok, sakit mata kot. agak agak lah sikit wahai kaum hawa. korang tak tahu ke apa yang korang akan dapat di akhirat karang?

okay, aku bukan nak tunjuk bagus. cuma memberi nasihat. zaman muda ni, jangan terlalu hanyut. korang masih jauh. ingat apa yang baik dan apa yang buruk. hidup kita ni hanya sementara. jagalah apa yang dikurniakan-NYA dengan sebaiknya. nanti bila korang dah kena, baru kau tahu. menangis lah airmata darah pun, benda takkan boleh patah balik. korang faham kan maksud aku?

Di sebalik skrepto: - ini hanya perasaan aku. aku hanya taip apa yang ingin disuarakan sahaja. apapun, siapa makan cili dialah terasa pedasnya. sekian, terima kasih.